Ahad, 22 Februari 2009

Menghilangkan Bintik Hitam

  • Belah limau nipis dan perahkan airnya. Campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian yang berbitik hitam. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan petua ini tiga kali sehari sehingga berkesan.
  • Gaulkan satu sudu minyak zaitun dan sebiji telur. Sapukan ke muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam. Amalkan sebelum tidur.
  • Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Lekapkan tisu pada tempat yang ditumbuhi bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan dan cuci muka dengan air suam dan pencuci muka.
  • Hancurkan dan lumatkan sehelai daun nangka tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan air suam.

Membuang Jerawat

  • Kisarkan Kacang Hijau dengan menggunakan sedikit air. sapukan pada muka dan seluruh anggota badan semasa mandi. biarkan selama dua hingga tiga minit. amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
  • Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaulkan hingga sebati dan sapukan ke muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Belah dua biji buah tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan hingga kering. buangkan biji tomato yang melekat di muka. Basuh muka dengan air bersih selepas bangun dari tidur. Amalkan seminggu dua kali.
  • Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan sehingga jerawat hilang.
  • Campur serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Tepekkan pada muka sebelum tidur. amalkan setiap malam hingg jerawat hilang.

Sabtu, 21 Februari 2009

Menghindari Jerawat

  • Tumbuk beberapa helai daun sirih dan beras hingga lumat. campur sedikit air sejuk. Sapukan ke seluruh muka sebelum tidur.
  • Campurkan belerang dan air mawar atau air asam jawa. Kemudian gaulkan hingga sebati dan sapukan di kawasan muka yang berjerawat. Amalkan selalu.
  • Gilingkan beberapa helai daun jambu batu sehingga halus. Pakai bersama bedak sejuk. Amalkan sebelum tidur.
  • Parut sengkuang dan tapis. biarkan patinya mendap. ambil patinya dan sapu ke muka. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur.

Mencerahkan Kulit Muka

  • Parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Kemudian, cuci muka dengan menggunakan air suam. Amalkan setiap malam.
  • Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari. Seelok-eloknya sebelum tidur.
  • Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air suam.